Interaksi
[INTERAKSI – Intelligent Human-centered Extended Reality & System Integration]
INTERAKSI merupakan kumpulan penyelidikan yang ditubuhkan di IIR4.0 merangkumi bidang-bidang utama seperti Interaksi Manusia-Komputer, Realiti Lanjutan, Analitik Data, Simulasi, Kecerdasan Buatan, Integrasi Sistem dan IoT. Ahli kumpulan INTERAKSI terdiri daripada sepuluh (10) orang felo penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nazlena Mohamad Ali dan dibantu oleh Dr. Norshita Mat Nayan dan Dr. Ely Salwana Mat Surin. Kumpulan ini mengkaji, mereka bentuk, dan menyepadukan sistem, aplikasi termasuk mudah alih dengan memanfaatkan teknologi termaju dan baharu bagi membolehkan interaksi yang lebih pintar. Diharapkan gandingan kepakaran ini mampu membawa IIR4.0 kehadapan dan meningkatkan prestasi penyelidik sekaligus menghasilkan kajian dan penyelesaian ICT berimpak pada masa akan datang.
INTERAKSI is a research group established at IIR4.0 covering key areas such as Human-Computer Interaction, Augmented Reality, Data Analytics, Simulation, Artificial Intelligence, System Integration and IoT. INTERAKSI group members consist of ten (10) research fellows led by Associate Prof. Dr. Nazlena Mohamad Ali and assisted by Dr. Norshita Mat Nayan and Dr. Ely Salwana Mat Surin. This group studies, designs, and integrates systems, applications including mobile by leveraging advanced and new technologies to enable smarter interactions. It is hoped that this combination of expertise will be able to bring IIR4.0 forward and improve the performance of researchers as well as produce impactful ICT studies and solutions in the future.