Congratulations

Warga IIR4.0 mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Nurulhuda Muhamad di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Makmal C22 dan ditempatkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM.

Terima kasih kami ucapkan di atas segala pengorbanan, sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan selama Puan menjalankan tugas di Institut ini. Semoga terus berjaya ditempat baru.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Permata biru jatuh kerumput,
Jatuh kerumput dibilang-bilang,
Walau di mata sudah luput,
Namun di hati tidakkan hilang.